Masa cari-cari car park, kitorang jumpa tempat kosong depan Menara Taming Sari. So, kitorang pun berlabuh lah kat situ. Mula-mula ingat nak naik jugak benda alah ni, tapi tak tergamak nak beratur. lagi pun setakat tengok pemandangan bandar Melaka je. Tak teruja sangat nak naik.
Kebetulan dekat situ ada 'London Bus' (bas 2 tingkat) yang bawak rounding2 bandar Melaka. Sarah dgn fatin lebih teruja nak naik bas daripada naik Taming Sari! So, kami pun naik lah bas dan duduk kat tingkat atas. Masa tu matahari sedang memancar dengan teriknya. Tapi kami tak kisah...
Masa tengah round2 tu, kami ternampak rupa hotel yang kami plan nak duduk...Nama dia Hallmark Hotel. Terus Sarah dan Fatin ajak balik KL. Tak selera nak duduk kat hotel tu. Almaklum! Hotel murah!
Masa bas tu lalu kat kawasan bangunan merah (seperti dibawah), kami minta diturunkan kat situ. Kat situ ada banyak kedai jual souvenirs. Beca yang dihias dengan bunga pun banyak. (ada satu kat dalam gambar dibawah)
Fountain ni pun ada kat situ jugak.
Antara souvenir2 yang sempat kami beli adalah seperti 'bookmark' dibawah. Bookmark ni Fatin nak bagi kawan2 dia. Yang sebelah kanan tu pengorek telinga! Yang itu saya punya! Nanti nak bagi mak tok satu. He...he...he....
Sarah ngan Fatin beli key-chain buku ni...
Ni T-shirt untuk Hisham.
Ni T-shirt untuk Aiman.
Ni T-shirt Sarah.
Ni T-shirt Sarah.
Lepas dah habis duit beli barang, kami pun naik becha pergi kapal Portugis.
Bila kapal dah berlabuh, kami bertolak ke kota A Famosa pulak. Masa saya cakap nak ke A Famosa, Fatin ingat nak ke tempat mandi-manda kat Alor Gajah tu! Member frust je...
Ni gambor yang kat atas bukit tu... semput jugak nak naik bukit ni tau!
1 comment:
Ngape tak amek gambar naik beca?
Post a Comment