Tuesday, March 9, 2010

Sepetang di Sepang Goldcoast

Rasanya dah lama benor blog saya ni terkubur. Sekarang nak korek dan aktifkan semula...

Kita bukak cerita lama2 pun tak apa lah ye!

Pada Valentine's Day lepas, saya, suami dan anak bongsu saya, Fatin telah pergi meronda2 kerana terlalu bosan duduk dirumah. Kami decided nak pergi Nilai 3 untuk cari sepasang lagi langsir untuk tingkap bilik saya.

Setelah tunaikan hajat, saya masih tak puas lagi berjalan. Selepas pikir punya pikir, kami pun decided untuk pergi ke Goldcoast ! Malangnya, bukan Goldcoast di Australia, tapi di Sepang saja... Tak pe lah... janji dapat jalan2.

Setibanya di situ, orang punya lah ramai... Masa kami tiba pun hari dah mula nak gelap. So sekejap sajalah Fatin dapat meluangkan masa rendam kaki dalam air laut and main pasir... Tak pelah Fatin. Insyaallah kalau ada masa lapang, kita datang lagi ye...

Fatin suka datang sini sebab dia kata pasir dia halus. Ramai jugak orang yg berkhemah kat sini.

Nampak tak kat background tu, ada chalet2 yang dibina atas air.

Cik Fatin kita yang tak puas main air dan pasir....


OK ... Jom balik...


No comments: