Thursday, April 8, 2010

Sports Day

Pada suatu hari Sabtu yang panas terik, sekolah anak saya Fatin Nadirah telah mengadakan Sports Day di IKBN Dusun Tua di Hulu Langat. Diorang pinjam stadium je!

Hari tu punya lah panas, sampai garing muka anak saya dibuatnya! Tak apelah Fatin. Pakai banyak2 Fair & Lovely nanti cerah lah balik muka nya... Insyaallah!!

Fatin masuk 3 acara i.e. lumba lari perseorangan 200m (kalah dpt No. 5); lari berganti2 200m (menang) dan lari berganti2 300m (menang jugak!). Obviously bakat athletic ni bkn temurun dari saya!!

Bawah ni gambar masa diorang buat perbarisan. Anak saya rumah merah. Hari tu masa perbarisan, dia kena diri depan sebab kependekan nya. Cikgu suruh dia pakai baju kebaya, bertudung dan bercermin mata hitam! Kalau pandai, cuba teka mana satu....



Ni adalah wajah kemenangan...






SKII - Before & After

Saya ada main kutu kat ofis. Awal bulan lepas saya punya giliran dapat duit kutu. Adalah dalam RM2,000.... Pikir punya pikir, last2 decided nak beli set makeup SKII. Orang kata produk ni bagus, jadi saya nak cuba lah...

Ni lah dia set SKII yang saya beli.. Ada cleanser, toner, miracle water, aura.... (tak ingat nama), moisturiser dan sun block. Nak cantiklah katakan, kena lah invest sikit!



Sebelum pakai produk, saya ada ambik gambar untuk compare bila dah pakai nanti, ada perubahan ke tidak! Ni gambar sebelum...


jeng...jeng...jeng.... dan ini gambar selepas 2 minggu pakai... Amacam? ada perubahan tak?








Berkhemah di Pantai Bagan Lalang

pada 14 Mac yang lalu kitorang pergi Bagan Lalang (or Sepang Goldcoast) lagi sekali. Hari tu cuma tinjau2 je... Kali ni kitorang pergi well prepared... dengan khemah dan bekalan untuk picnic sekali! Gambar bawah ni menunjukkan khemah2 yang terdapat di situ. Kami punya yang warna biru/merah.

Untuk memeriahkan suasana, kitorang mengajak sekali keluarga Encik Hamsuruddin (anak saudara Hisham) dan Pn Latifah Omar serta semua 7 orang anak mereka. Walaupun ahli mereka yang teramai, tapi khemah mereka yang terkecil... (sebelah kitorang punya).

Angin pada hari itu amatlah kencangnya. Sesuai untuk main layang2. Fatin siap beli layang2 lagi ....

Gambar bawah ni menunjukkan salah seorang ahli perkhemahan kami yang ambil kesempatan untuk membuta!

Bawah ni salah seorang anak Latifah yang kelaparan selepas mandi manda di laut....


Gambar Fatin dan rakan2 tengah mandi-manda...





















kjvhsdughai

Thursday, March 11, 2010

Cincin

Masa 20th Anniversary bulan January lalu, saya dapat sebentuk cincin diamond sebagai hadiah.

Harganya tak lah seberapa. Dalam banyak2 yang di displayed kat kedai tu, yang ni jugak saya berkenan. Yang mahal2 tu tak berkenan pulak... rugi...rugi...

Tapi tak ape. Lain kali i.e. the next 10 years boleh mintak satu lagi yang lebih besar. He..he..he.. itu pun kalau jodoh panjang lagi ....

Inilah rupe cincin nya..





Tuesday, March 9, 2010

Mak Tok Balik Umrah

Hari Ahad lepas, saya pergi ambik Mak Tok kat KLIA sebab Mak Tok baru balik dari Umrah.

Flight dia landed pukul 12. 45tgh tapi lebih kurang pukul 2.30ptg baru keluar dari arrival hall tu.

Mula2 tu tak perasan jugak Mak Tok dah keluar sebab orang nya kenit sangat...berbanding dengan orang lain. Bila perhati betul2, barulah confirm itu Mak Tok.



Inilah rupa Mak tok sedang menolak troli keluar dari Arrival Hall.




Mak Tok ajak saya cari satu 'spot' yang jauh dari orang sebab dia kata dia nak kemas beg... Bila di amati betul2, padanlah pun...tengoklah beg Mak Tok yang terpaksa diikat dengan tali tu...dah mula nak gebeh... Mak Tok kata semua handle dia dah tercabut. Dia kata kalau hancur pun tak apa sebab boleh ngechek dengan cikgu atau doktor!




Beg yang hampir gebeh tu telah ditransfer kan sebahagian dari isi nya ke dalam beg lain.




Pastikan stokin lama yang digunakan oleh Mak Tok untuk menggantikan reben sebagai penanda beg...


Setelah selesai solat dzuhur dan freshen up, kami pun menjamu selera di KFC sementara menunggu untuk Mak Tok masuk departure hall. Alamak...tangan tembam siapa yang nampak tu? Sama gebu dengan ayam KFC tu lah...









Sepetang di Sepang Goldcoast

Rasanya dah lama benor blog saya ni terkubur. Sekarang nak korek dan aktifkan semula...

Kita bukak cerita lama2 pun tak apa lah ye!

Pada Valentine's Day lepas, saya, suami dan anak bongsu saya, Fatin telah pergi meronda2 kerana terlalu bosan duduk dirumah. Kami decided nak pergi Nilai 3 untuk cari sepasang lagi langsir untuk tingkap bilik saya.

Setelah tunaikan hajat, saya masih tak puas lagi berjalan. Selepas pikir punya pikir, kami pun decided untuk pergi ke Goldcoast ! Malangnya, bukan Goldcoast di Australia, tapi di Sepang saja... Tak pe lah... janji dapat jalan2.

Setibanya di situ, orang punya lah ramai... Masa kami tiba pun hari dah mula nak gelap. So sekejap sajalah Fatin dapat meluangkan masa rendam kaki dalam air laut and main pasir... Tak pelah Fatin. Insyaallah kalau ada masa lapang, kita datang lagi ye...

Fatin suka datang sini sebab dia kata pasir dia halus. Ramai jugak orang yg berkhemah kat sini.

Nampak tak kat background tu, ada chalet2 yang dibina atas air.

Cik Fatin kita yang tak puas main air dan pasir....


OK ... Jom balik...


Friday, October 30, 2009

Aiman's 19th Birthday

Pada 17 October lalu adalah Hari Deepavali. Kebetulan, hari sebelumnya adalah birthday anak teruna kami, Aiman yang ke 19 tahun. Since Aiman tak balik cuti, kami pun pergi lah ke Tronoh untuk menyambut birthday dia. Mula-mula tak ada plan pun nak tidur semalam di Perak. Tapi tiba-tiba aje kami decide untuk bermalam di Cameron Highland. So, petang Sabtu tu, selepas ambil Aiman di UTP, kami terus naik bukit dari Simpang Pulai. Dari UTP dah dekat dah...

Kami telah memilih untuk bermalam di Hotel Equatorial. Public Holiday punya pasal, rate hotel pun tinggi. Masa tu bilik hotel dah penuh. Yang ada cuma apartment 1 bilik. Kami pun grab lah... takut tak pasal2 kena tidur dalam kereta nanti kalau memilih sgt...

Oleh kerana tak bwk baju, kami telah singgah di Pasar Malam Brinchang untuk cari T-shirt2 untuk dipakai keesokan harinya.

Balik dari Brinchang, kami celebrate birthday Aiman dengan memotong kek. Kek tu kami beli dari Secret Recipe kat KL. Nampak tak strawberry tuu... hah tu kami beli kat Brinchang lah...


Ni upacara tiup lilin oleh Birthday Boy..


The three amigos... yang tengah tu perasan Mat Smart!



Esok harinya kami jalan2 kat Bandar Brinchang, Tanah Rata, Pasar Kea dll. Fatin bergaya dengan payung strawberry nya dan saya menayang bunga yang dibelikan oleh En. Hisham.