Saturday, November 29, 2008

Kucing favorite Mak Tam


Ini kucing favourite Mak Tam. Nama dia Tomei. Comel tak? Ni masa dia baby lagi...




Yang ni gambar dia sekarang. Dah besar dah. Ekor dia kembangggg...!!!




Jalan-jalan kat Melaka

On the way back to Kuala Lumpur from Johor Bahru, Kitorang singgah Melaka Bandaraya Bersejarah. Fatin yang kepingin bangat mau pergi sebab dulu cikgu dia buat class trip dia tak dapat pergi.

Masa cari-cari car park, kitorang jumpa tempat kosong depan Menara Taming Sari. So, kitorang pun berlabuh lah kat situ. Mula-mula ingat nak naik jugak benda alah ni, tapi tak tergamak nak beratur. lagi pun setakat tengok pemandangan bandar Melaka je. Tak teruja sangat nak naik.



Kebetulan dekat situ ada 'London Bus' (bas 2 tingkat) yang bawak rounding2 bandar Melaka. Sarah dgn fatin lebih teruja nak naik bas daripada naik Taming Sari! So, kami pun naik lah bas dan duduk kat tingkat atas. Masa tu matahari sedang memancar dengan teriknya. Tapi kami tak kisah...


Masa tengah round2 tu, kami ternampak rupa hotel yang kami plan nak duduk...Nama dia Hallmark Hotel. Terus Sarah dan Fatin ajak balik KL. Tak selera nak duduk kat hotel tu. Almaklum! Hotel murah!
Masa bas tu lalu kat kawasan bangunan merah (seperti dibawah), kami minta diturunkan kat situ. Kat situ ada banyak kedai jual souvenirs. Beca yang dihias dengan bunga pun banyak. (ada satu kat dalam gambar dibawah)



Fountain ni pun ada kat situ jugak.


Antara souvenir2 yang sempat kami beli adalah seperti 'bookmark' dibawah. Bookmark ni Fatin nak bagi kawan2 dia. Yang sebelah kanan tu pengorek telinga! Yang itu saya punya! Nanti nak bagi mak tok satu. He...he...he....



Sarah ngan Fatin beli key-chain buku ni...


Ni T-shirt untuk Hisham.


Ni T-shirt untuk Aiman.


Ni T-shirt Sarah.


Lepas dah habis duit beli barang, kami pun naik becha pergi kapal Portugis.



Bila kapal dah berlabuh, kami bertolak ke kota A Famosa pulak. Masa saya cakap nak ke A Famosa, Fatin ingat nak ke tempat mandi-manda kat Alor Gajah tu! Member frust je...


Ni gambor yang kat atas bukit tu... semput jugak nak naik bukit ni tau!



Turun dari bukit, kami terus jalan kaki menuju ke kereta. Penat wohhh jalan kaki! Kami pun teruskan perjalanan menuju ke KL.



Jalan-jalan kat Taman Merdeka

Masa first week cuti sekolah ari tu, kitorang balik JB. Fatin kata dia nak main dengan Nurul puas-puas. Kalau boleh nak duduk kat JB 10 hari!

Ada satu petang tu mak tok suruh saya bawak kanak-kanak riang berriadah kat Taman Merdeka.



Mula-mula kami jalan-jalan je. Lepas tu budak-budak main tendang-tendang bola. Ada juga pertandingan lumba lari. Juaranya adalah Fatinn...!!

Kat situ ada 2 'menara tinjau' gitu. Ada jambatan gantung yang menyambungkan kedua-dua menara tu. Mak tok dengan saya tak naik. Tinggi sangat tangganya. malas nak panjat... Kasi chan kat budak-budak je ...


Yang remaja tak tinggalkan peluang untuk berposing...


Bila dah penat, kami pun balik ke rumah...