Friday, October 30, 2009

Aiman's 19th Birthday

Pada 17 October lalu adalah Hari Deepavali. Kebetulan, hari sebelumnya adalah birthday anak teruna kami, Aiman yang ke 19 tahun. Since Aiman tak balik cuti, kami pun pergi lah ke Tronoh untuk menyambut birthday dia. Mula-mula tak ada plan pun nak tidur semalam di Perak. Tapi tiba-tiba aje kami decide untuk bermalam di Cameron Highland. So, petang Sabtu tu, selepas ambil Aiman di UTP, kami terus naik bukit dari Simpang Pulai. Dari UTP dah dekat dah...

Kami telah memilih untuk bermalam di Hotel Equatorial. Public Holiday punya pasal, rate hotel pun tinggi. Masa tu bilik hotel dah penuh. Yang ada cuma apartment 1 bilik. Kami pun grab lah... takut tak pasal2 kena tidur dalam kereta nanti kalau memilih sgt...

Oleh kerana tak bwk baju, kami telah singgah di Pasar Malam Brinchang untuk cari T-shirt2 untuk dipakai keesokan harinya.

Balik dari Brinchang, kami celebrate birthday Aiman dengan memotong kek. Kek tu kami beli dari Secret Recipe kat KL. Nampak tak strawberry tuu... hah tu kami beli kat Brinchang lah...


Ni upacara tiup lilin oleh Birthday Boy..


The three amigos... yang tengah tu perasan Mat Smart!



Esok harinya kami jalan2 kat Bandar Brinchang, Tanah Rata, Pasar Kea dll. Fatin bergaya dengan payung strawberry nya dan saya menayang bunga yang dibelikan oleh En. Hisham.

Tuesday, October 27, 2009

Mak Tok Masuk IKIM!!

Tuan-tuan dan puan-puan,

Ini ada satu cerita. Pada satu hari, Mak Tok telah pergi mengikuti rombongan EZ-Qurban ke Kampuchea. Setelah beberapa bulan pulang ke Malaysia, dia telah di jemput oleh IKIM dan EZ Qurban untuk keudara sebagai tetamu undangan... maka pergilah saya membawa Mak Tok ke sana pada 21 Oct hari tu...

Di bawah ni ada gambar-gambar kenangan yang sempat kami rakam kan...
Sedang bersiap sedia sebelum "On Air"....


Semasa "On Air"... Masa ni saya dan anak saya (Fatin) ada duduk senyap-senyap dalam bilik ni jugak. Bilik ni kalau terkentut pun boleh dengar! He ..he..he...

Boleh tahan jugak Mak Tok malam tu kan. Tak teragak2 bercerita pengalaman dia di Kampuchea. Pada malam tu ada beberapa pendengar IKIM yg menanyakan soalan... rupa-rupanya mereka adalah cucu-cucu Mak Tok iaitu Aqilah, Adzman dari Kuantan dan Atiqah dari Banting. Tak lepas peluang!! Dengar kata cucu lagi sorang iaitu Aniq dari Kebun Teh pun ada hantar sms tapi tak sempat ke udara sebab masa tak mengizinkan! Kesian... Lain kali hantar cepat2 ye!!

Setelah semua nya selesai, kami sempat merakamkan gambar bersama-sama DJ IKIM iaitu Mohd Nezam dan Marlina (agaknya kot.. lupa pulak nama diorang ni.. tu lah, dah lama sgt terperap cerita ni.. sampai lupa dibuatnya)

Tengoklah Cik Fatin kita... sempat bergaya pakai head phone lagi...




Saturday, October 10, 2009

Syawal @ Langkawi Part 2

Pada hari ke 2 di Langkawi, kami pergi ke Kota Mahsuri. Disini terdapat Makam Mahsuri. Mahsuri ni telah di bunuh kerana di fitnah. Sebelum dia mati, dia telah bersumpah bahawa Langkawi tidak akan aman selama 7 keturunan. Setelah dia mati, darah putih telah mengalir keluar dari tubuhnya dan hilang di udara. Selepas itu, Langkawi telah menjadi padang jarak padang tekukur. Bawah ni ialah makam Mahsuri.
Ini gambar rumah keluarga Mahsuri. Tak tahulah ori ke tak.

Ni gambar Telaga Mahsuri.

Budak2 berposing kat tingkap rumah mahsuri.


Kat dalam tu ada persembahan cak lempong.






Friday, October 9, 2009

Syawal @ Langkawi Part 1

Pada Hari Raya ke 3, kami menumpang keluarga Abg Aji dan Cik Pizah kita pergi Langkawi. Maklumlah, dah lebih dari 10 tahun kami tak pergi pulau tu... so, menumpang pun menumpang lah.. kalau tak menumpang memang tak sampai lah kami ke Langkawi. Saya drive kereta all the way dari JB ke Kuala Perlis! Terror jugak kita ye...

Kami tidur semalam di Kuala Perlis (kat T Hotel) sebab sampai dah malam. Esok paginya kami naik ferry gi Langkawi. Kat bawah ni gambar salah satu ferry yg ada kat situ. Kami tak naik yg ni. Kami naik yg kat bawah tu...

Lepas kami dah check in kat Safa Idaman, the first tempat kami pergi ialah ke Langkawi Cable Car. Kalau di teliti betul2, boleh nampak betapa tingginya cable car tu... (background gambar)

Saya anak beranak naik dengan mak tok. Cik Pizah tak naik sebab jaga Nurin yg tidur. Tak sangka berani jugak mak tok naik cable car tu...

Kami cukup seronok naik cable car sebab pemandangan dia memang cantik.

Ni masa beratur nak naik cable car. Kebetulan orang tak ramai. Tak payah beratur lama.

On the way ke atas gunung tu, kami nampak air terjun ni...

Ni antara pemandangan yg kami nampak masa dah sampai kat atas...

Dia ada 2 perhentian. Ni dkt perhentian pertama. Lepas ni nak naik untuk pergi ke perhentian yang kedua dan tertinggi.

Ni antara muka-muka yang teruja naik cable car. Mana ada takut! Tak takut pun!

Ni gambar perhentian yg pertama dari atas perhentian yang ke2.

4 orang ni cukup seronok bergambar kat atas tu... Si Nurul tak padan kecik...Papan tanda tu tulis, "You are now at 710 metres above sea level".
Lagi pemandangan dari atas. Rugi tak naik!!


Ni jambatan gantung yang ada kat atas gunung tu. Dari jauh memang nampak scary. Tapi alang-alang dah ada kat atas, kami bertekad untuk pergi ke jambatan tu...


Ni bukti kami dah sampai ke jambatan gantung tu. Masa kat atas tu memang bergoyang2 sikit sebab angin sangat kuat! tapi seronok! Tengok Nurul pun berani tau! Cuma Mak Tok je tak sampai sebab tak larat turun tangga.

Setelah puas kat atas, akhirnya kami turun juga. Kat bawah ada mini zoo. Zoo ni tak payah bayar. Free je. Binatang dia pun tak banyak. Kami berkesempatan untuk beri makan pada rusa yang ada kat situ.

Lepas Langkawi Cable Car, kami menuju ke Porto Malai untuk bergambar. Kat sini ada bot Jalur Gemilang milik Datuk Azhar Mansur yang belayar keliling dunia tuu...
Kami sempat beli roti kat kedai Tun Dr Mahathir i.e. The Loaf. Roti dia sedap2!

Kat bawah ni lah gambar rombongan Cik Kiah!!

Lepas tu rombongan Cik Kiah ni telah dibawa ke Tanjung Rhu. Pantai kat sini cantik jugak...Ni gambar saya dan Cik Pizah kat Tanjung Rhu.
Abang Aji tengah renung jauh nampak....

Pemandangan di Tanjung Rhu. Masa ni matahari dah nak terbenam.


























Syawal 2009 @ Johor - Part 2

Pada Hari Raya pertama kitorang ada gi beraya rumah Pok Teh kat Larkin. Kebetulan, semua adik beradik mak tok ada kat sana. Apa lagi, diorang pun susun lah kerusi untuk bergambar... Bukan senang dapat berkumpul macam ni tauu.... Yang ni gambar adik-beradik mak tok. From left, Pok Teh, Andak Gal, Mak Tok, Anjang, Tam Babu and Chu.
Yang ni gambar diorang with the spouses. Mak Tok je yang tak de partner... kesian... Yang ada cuma tiang je kat belakang tu..


Yang ni pulak gambar diorang dengan anak-anak dan cucu-cucu mereka... The Tongkat Timun Som Clan...









Syawal 2009 @ Johor - part 1

Below are family photos taken during the last Hari Raya Aidil Fitri.

1. The GALS of Kebun Teh!!

Keluarga Cik Pidah kita..... Ayu gitu...

Keluarga Cik Pizah kita..... Hijau sedondon!

Last but not least, MY family.... Hijau Pucuk Pisang is this year's tema....