Thursday, April 8, 2010

Weekend in Port Dickson

2nd April lepas was my birthday. What do I get for my birthday?

Nothing much... just setangkai bunga merah from the hubby, setangkai from Sarah and another tangkai from Fatin. I asked for a bouquet, tapi dapat 3 tangkai... jadi lahhhh....


Saya ajak hubby and the kids pergi celebrate kat P.D. So, malam tu, bukak internet and decided to try the Legend International Water Homes yang geng BBU kita pergi dulu... Bak kata ibu doktor, "Pau! jangan tak pau!!"


So petang Sabtu kami pun tiba di tempat yang di tuju.. Kami pergi 4 beranak + 1 kwn Sarah & 1 kwn Fatin. Ni lah rupa water chalets nya... Menarik jugak...


Dari lobby ke bilik agak jauh... so hotel ada provide buggy. Satu buggy tu boleh muat semua orang termasuk driver!! Ni wajah kanak2 riang yang agak jakun...



The path leading to the room..


The public swimming pool.



The private pool within the room.


Budak2 jakun tengah ambik gambar.



The king size bed. Orang dewasa je di benarkan tidur kat atas katil. Budak2 semua tidur atas lantai yg telah dibentang toto.



Posing sambil main air..


Lepas check out kami singgah Teluk Kemang untuk cari makan. Kat situ Fatin teringin nak naik kuda... RM5 satu round...

Dah puas rounding2, kami pun balik KL....

Sports Day

Pada suatu hari Sabtu yang panas terik, sekolah anak saya Fatin Nadirah telah mengadakan Sports Day di IKBN Dusun Tua di Hulu Langat. Diorang pinjam stadium je!

Hari tu punya lah panas, sampai garing muka anak saya dibuatnya! Tak apelah Fatin. Pakai banyak2 Fair & Lovely nanti cerah lah balik muka nya... Insyaallah!!

Fatin masuk 3 acara i.e. lumba lari perseorangan 200m (kalah dpt No. 5); lari berganti2 200m (menang) dan lari berganti2 300m (menang jugak!). Obviously bakat athletic ni bkn temurun dari saya!!

Bawah ni gambar masa diorang buat perbarisan. Anak saya rumah merah. Hari tu masa perbarisan, dia kena diri depan sebab kependekan nya. Cikgu suruh dia pakai baju kebaya, bertudung dan bercermin mata hitam! Kalau pandai, cuba teka mana satu....



Ni adalah wajah kemenangan...






SKII - Before & After

Saya ada main kutu kat ofis. Awal bulan lepas saya punya giliran dapat duit kutu. Adalah dalam RM2,000.... Pikir punya pikir, last2 decided nak beli set makeup SKII. Orang kata produk ni bagus, jadi saya nak cuba lah...

Ni lah dia set SKII yang saya beli.. Ada cleanser, toner, miracle water, aura.... (tak ingat nama), moisturiser dan sun block. Nak cantiklah katakan, kena lah invest sikit!



Sebelum pakai produk, saya ada ambik gambar untuk compare bila dah pakai nanti, ada perubahan ke tidak! Ni gambar sebelum...


jeng...jeng...jeng.... dan ini gambar selepas 2 minggu pakai... Amacam? ada perubahan tak?








Berkhemah di Pantai Bagan Lalang

pada 14 Mac yang lalu kitorang pergi Bagan Lalang (or Sepang Goldcoast) lagi sekali. Hari tu cuma tinjau2 je... Kali ni kitorang pergi well prepared... dengan khemah dan bekalan untuk picnic sekali! Gambar bawah ni menunjukkan khemah2 yang terdapat di situ. Kami punya yang warna biru/merah.

Untuk memeriahkan suasana, kitorang mengajak sekali keluarga Encik Hamsuruddin (anak saudara Hisham) dan Pn Latifah Omar serta semua 7 orang anak mereka. Walaupun ahli mereka yang teramai, tapi khemah mereka yang terkecil... (sebelah kitorang punya).

Angin pada hari itu amatlah kencangnya. Sesuai untuk main layang2. Fatin siap beli layang2 lagi ....

Gambar bawah ni menunjukkan salah seorang ahli perkhemahan kami yang ambil kesempatan untuk membuta!

Bawah ni salah seorang anak Latifah yang kelaparan selepas mandi manda di laut....


Gambar Fatin dan rakan2 tengah mandi-manda...





















kjvhsdughai