Thursday, March 11, 2010

Cincin

Masa 20th Anniversary bulan January lalu, saya dapat sebentuk cincin diamond sebagai hadiah.

Harganya tak lah seberapa. Dalam banyak2 yang di displayed kat kedai tu, yang ni jugak saya berkenan. Yang mahal2 tu tak berkenan pulak... rugi...rugi...

Tapi tak ape. Lain kali i.e. the next 10 years boleh mintak satu lagi yang lebih besar. He..he..he.. itu pun kalau jodoh panjang lagi ....

Inilah rupe cincin nya..





Tuesday, March 9, 2010

Mak Tok Balik Umrah

Hari Ahad lepas, saya pergi ambik Mak Tok kat KLIA sebab Mak Tok baru balik dari Umrah.

Flight dia landed pukul 12. 45tgh tapi lebih kurang pukul 2.30ptg baru keluar dari arrival hall tu.

Mula2 tu tak perasan jugak Mak Tok dah keluar sebab orang nya kenit sangat...berbanding dengan orang lain. Bila perhati betul2, barulah confirm itu Mak Tok.



Inilah rupa Mak tok sedang menolak troli keluar dari Arrival Hall.




Mak Tok ajak saya cari satu 'spot' yang jauh dari orang sebab dia kata dia nak kemas beg... Bila di amati betul2, padanlah pun...tengoklah beg Mak Tok yang terpaksa diikat dengan tali tu...dah mula nak gebeh... Mak Tok kata semua handle dia dah tercabut. Dia kata kalau hancur pun tak apa sebab boleh ngechek dengan cikgu atau doktor!




Beg yang hampir gebeh tu telah ditransfer kan sebahagian dari isi nya ke dalam beg lain.




Pastikan stokin lama yang digunakan oleh Mak Tok untuk menggantikan reben sebagai penanda beg...


Setelah selesai solat dzuhur dan freshen up, kami pun menjamu selera di KFC sementara menunggu untuk Mak Tok masuk departure hall. Alamak...tangan tembam siapa yang nampak tu? Sama gebu dengan ayam KFC tu lah...









Sepetang di Sepang Goldcoast

Rasanya dah lama benor blog saya ni terkubur. Sekarang nak korek dan aktifkan semula...

Kita bukak cerita lama2 pun tak apa lah ye!

Pada Valentine's Day lepas, saya, suami dan anak bongsu saya, Fatin telah pergi meronda2 kerana terlalu bosan duduk dirumah. Kami decided nak pergi Nilai 3 untuk cari sepasang lagi langsir untuk tingkap bilik saya.

Setelah tunaikan hajat, saya masih tak puas lagi berjalan. Selepas pikir punya pikir, kami pun decided untuk pergi ke Goldcoast ! Malangnya, bukan Goldcoast di Australia, tapi di Sepang saja... Tak pe lah... janji dapat jalan2.

Setibanya di situ, orang punya lah ramai... Masa kami tiba pun hari dah mula nak gelap. So sekejap sajalah Fatin dapat meluangkan masa rendam kaki dalam air laut and main pasir... Tak pelah Fatin. Insyaallah kalau ada masa lapang, kita datang lagi ye...

Fatin suka datang sini sebab dia kata pasir dia halus. Ramai jugak orang yg berkhemah kat sini.

Nampak tak kat background tu, ada chalet2 yang dibina atas air.

Cik Fatin kita yang tak puas main air dan pasir....


OK ... Jom balik...