Tuesday, October 27, 2009

Mak Tok Masuk IKIM!!

Tuan-tuan dan puan-puan,

Ini ada satu cerita. Pada satu hari, Mak Tok telah pergi mengikuti rombongan EZ-Qurban ke Kampuchea. Setelah beberapa bulan pulang ke Malaysia, dia telah di jemput oleh IKIM dan EZ Qurban untuk keudara sebagai tetamu undangan... maka pergilah saya membawa Mak Tok ke sana pada 21 Oct hari tu...

Di bawah ni ada gambar-gambar kenangan yang sempat kami rakam kan...
Sedang bersiap sedia sebelum "On Air"....


Semasa "On Air"... Masa ni saya dan anak saya (Fatin) ada duduk senyap-senyap dalam bilik ni jugak. Bilik ni kalau terkentut pun boleh dengar! He ..he..he...

Boleh tahan jugak Mak Tok malam tu kan. Tak teragak2 bercerita pengalaman dia di Kampuchea. Pada malam tu ada beberapa pendengar IKIM yg menanyakan soalan... rupa-rupanya mereka adalah cucu-cucu Mak Tok iaitu Aqilah, Adzman dari Kuantan dan Atiqah dari Banting. Tak lepas peluang!! Dengar kata cucu lagi sorang iaitu Aniq dari Kebun Teh pun ada hantar sms tapi tak sempat ke udara sebab masa tak mengizinkan! Kesian... Lain kali hantar cepat2 ye!!

Setelah semua nya selesai, kami sempat merakamkan gambar bersama-sama DJ IKIM iaitu Mohd Nezam dan Marlina (agaknya kot.. lupa pulak nama diorang ni.. tu lah, dah lama sgt terperap cerita ni.. sampai lupa dibuatnya)

Tengoklah Cik Fatin kita... sempat bergaya pakai head phone lagi...




No comments: