Saturday, October 10, 2009

Syawal @ Langkawi Part 2

Pada hari ke 2 di Langkawi, kami pergi ke Kota Mahsuri. Disini terdapat Makam Mahsuri. Mahsuri ni telah di bunuh kerana di fitnah. Sebelum dia mati, dia telah bersumpah bahawa Langkawi tidak akan aman selama 7 keturunan. Setelah dia mati, darah putih telah mengalir keluar dari tubuhnya dan hilang di udara. Selepas itu, Langkawi telah menjadi padang jarak padang tekukur. Bawah ni ialah makam Mahsuri.
Ini gambar rumah keluarga Mahsuri. Tak tahulah ori ke tak.

Ni gambar Telaga Mahsuri.

Budak2 berposing kat tingkap rumah mahsuri.


Kat dalam tu ada persembahan cak lempong.






No comments: